Thursday, January 25, 2007

Khabar gembira

Semalam, dapat SMS dari seorang sahabat baik berbunyi:

"Salam. fiza, doktor dah kompem anak sedara kau ni kembar! Doakan aku ek!"

SMS yang cukup pendek dan ringkas, namun membuatkan saya terpaku sebentar, sebelum menyedari air mata mula bergenang. Bukan sedih, tetapi gembira! Sahabat baikku, sedang menunggu masa sahaja untuk melahirkan bayi-bayi sulungnya, dan di saat-saat akhir sebegini, dapat pula khabar terbaru yang tidak disangka-sangka...kembar!!!

Subhanallah, sesungguhnya Kau Maha Agung, inilah hikmahnya setelah Kau "tahan" sebentar rezekiMu itu untuk hampir dua tahun, sebelum Kau anugerahkan ia dengan gandaan yang maha hebat!

Alhamdulillah, seronoknya rasa..makin ramailah yang akan memanggilku Makcik..eh..Auntie Fiza..hehe..

Ya Allah, kurniakan kemuliaan dan kesejahteraan kepada sahabat baikku, anak2nya yang bakal lahir, suaminya dan seluruh isi keluarganya. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Monday, January 22, 2007

Santai petang...



(sumber: BMC)

Saturday, January 20, 2007

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun

Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


Laman web http://www.islam.gov.my/program/doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Ulasan


Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?


Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.

Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)


Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن

Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)


(sumber: Darul Fuqaha)

Friday, January 19, 2007

Salam Ma'al Hijrah 1428


Monday, January 15, 2007

Penggunaan putik kapas boleh jejas pendengaran

SEIRING dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia juga semakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi.

Apa yang menarik perhatian untuk saya kongsi bersama ialah berhubung penggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan telinga.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak, masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakan ada setiap hari. Daripada mereka seawal usia baru lahir sehingga ke warga emas, punca yang pelbagai juga dikesan menjadi sebab berlakunya masalah ini.

Satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku di kalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar tersumbat dengan ‘tahi telinga’, atau lebih tepat lagi lilin telinga (ear wax) yang sudah termampat.

Menerusi soal selidik dijalankan, hampir semua daripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin dan berterusan. Mereka, atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas digunakan akan dapat membersihkan saluran telinga daripada lilin telinga yang terhasil secara fisiologi.

Di sinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnya menolak masuk lebih ke dalam lilin telinga dan hanya sedikit yang melekat padanya dan dikeluarkan. Sedangkan, saluran telinga kita sudah dicipta lengkap dengan mekanisme rerambut halus yang berfungsi dalam gerakan ke arah keluar telinga bagi mengeluarkan lilin yang berlebihan.

Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arus fisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnya menyebabkan sedikit demi sedikit, lilin telinga akan tertolak semakin ke dalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggu konduksi bunyi daripada punca rangsangan.

Keadaan ini disebut gangguan pendengaran jenis konduktif ( conductive hearing loss ).

Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ini ialah ada kemungkinan bahagian kapasnya itu tertanggal dan tertinggal di dalam saluran telinga. Ia juga akan mengganggu pendengaran dan jika terbiar lama akan mengundang jangkitan kuman pula. Jadi, berhati-hatilah menggunakan putik kapas terutama kanak-kanak.

Selaras dengan slogan ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’, marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalami ilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat. Kita sudah dicipta dalam sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjadi tanggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.

DR IRFAN MOHAMAD,
Jabatan ORL-HNS (ENT)
Hospital Universiti Sains Malaysia
Kota Bharu, Kelantan.

(sumber: BH 15 Jan 07)

Sunday, January 14, 2007

Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam

Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam
( Huraian Yang Dipermudah Bagi Orang Awam )

T a r i k h d a n M a s a
24 Februari 2007 (Sabtu)
06 Safar 1427 H

O b j e k t i f
1- Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
2- Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi kewangan semasa.
3- Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
4- Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
5- Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan konvensional.
6- Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.
7- Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
8- Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.

A n j u r a n
Pusat Pengajian At-Tibyan.

T e m p a t
Dewan Seminar, Masjid Sayyidina Umar,
Bukit Damansara, Kuala Lumpur

H a d B i l a n g a n P e s e r t a
Seramai 300 orang sahaja.

Y u r a n
RM 75 sahaja ( Harga Promosi)

* Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.
* Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja, dan tiada peperiksaan.

P e n d a f t a r a n
Sila hubungi 019-388 5486 , 019-6096 117 atau 017-681 7810
pendaftaran ditutup pada 22 Februari 2007

P e m b e n t a n g M o d u l
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

* Penasihat, Pusat Pengajian At-Tibyan
* Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
* Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
* Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
* Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.

Kelulusan

* B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
* M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
* Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)

T a j u k & P e n g i s i a n
Semua pembentangan dan kertas kerja dibuat dalam Bahasa Malaysia.
Topik 1 : Displin Islam Dalam Bab Kewangan.

* Pengenalan kepada Riba, Gharar, Zalim dalam kewangan.
* Beberapa unsur haram lain dalam jual beli, perniagaan dan kewangan semasa.
* Bentuk Riba dalam konteks semasa
* Beberapa panduan dalam perniagaan semasa seperti MLM, Pernigaan Internet dan lain-lain.

Topik 2 : Perbezaan Perbankan Islam & Konvensional

* Pengenalan beberapa jenis produk utama perbankan Islam.
* Simpanan, pembiayaan perumahan, kereta, industri, pasaran modal Islam, Takaful.

Topik 3 : Pelbagai Isu Perbankan & Kewangan Islam.

* Harga mahal dan tidak kompetetif.
* Cerminan produk konvensional.
* Implementasi menyalahi konsep.
* Isu dalam pembiayaan perumahan.
* Isu perbezaan pandangan Shariah antara Malaysia dan Timur Tengah.
* Isu modal asal perbankan Islam & Takaful.
* Kesilapan kerap di dalam implementasi produk di perbankan Islam.

T e n t a t i f P r o g r a m
07.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 pagi : Diskusi Topik 1
10.30 pagi : Sesi Soal Jawab
11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.30 pagi : Diskusi Topik 2
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab
01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Diskusi Topik 3
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
05.00 ptg : Jamuan Ringan dan Kursus Tamat

P e n u t u p
Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

Penangan Sinetron Seberang

Beberapa hari yang lepas, saya menikmati makan tengah hari di sebuah kantin di kampus saya ni. Bersama saya ialah seorang teman dan seorang lagi Tutor. Tengah enak menikmati hidangan, kami di'hibur'kan pula dengan tayangan Sinetron ini. Tak payah saya sebutlah, sebab saya tau tentu semua orang mengenalinya.

Saya jadi 'kenyang' seketika apabila melihat gelagat manusia di depan saya waktu tu, tak kiralah sama ada pelajar, pensyarah, juruwang, pembuat minuman, penghidang makanan, hatta tukang potong rumput sekalipun. Sedang mereka leka dan asyik menonton sinetron ini, saya pula asyik dan leka memerhatikan mereka.

Di satu sudut, saya dapat memerhatikan beberapa orang pelajar yang menyuap apa sahaja makanan yang ada di depan matanya, tanpa melihat kepada apa yang disuap. Hinggakan dia hampir tercekik kerana tersuap semula tulang ayam yang telah dibuang sebelum itu!

Ada juga pelajar yang membawa buku, tetapi pandangannya tidak jatuh ke buku itu, dan dia hanya membiarkan bukunya terbuka tanpa ada sebarang pertukaran helaian muka surat. Statik sahaja.

Di ruang yang lain pula, saya melihat juruwang terlupa mengembalikan lebihan wang pengunjung yang membuat bayaran, dan ada juga pengunjung yang lupa mengambil wang baki.

Di tempat membeli minuman, saya dapat pula menyaksikan gelagat abang-abang pembuat air yang buat air hingga tumpah dan sanggup 'mengintai' di celah-celah balang air untuk melihat sesuatu.

Begitu juga pakcik makcik di dapur yang sekejap-sekejap terjengah-jengah keluar kepalanya dari ruang dapur juga kerana ingin melihat sesuatu.

Semuanya hanya kerana satu...iaitu kerana terlalu asyik dan tidak mahu ketinggalan dalam menonton sinetron ini yang ditayangkan di dua buah televisyen di tengah-tengah kantin!

Saya? Apa pula yang saya lihat? Saya lebih gemar melihat kelakuan manusia yang ada di depan mata, kerana ianya realistik dan spontan, bukan manusia di dalam sinetron ini kerana ianya hanya lakonan. Perkara realiti dan spontan tidak menipu, tetapi lakonan akan sentiasa mempunyai unsur-unsur penipuan...dan hakikatnya, penipuan itulah yang selalu menjadi pilihan manusia.

Maafkan saya andai ada yang terasa. Saya tidak mensasarkan kepada sesiapapun, tetapi sekadar luahan rasa secara umum.

=)

Thursday, January 11, 2007

Malaysian is very happy with the Road Tax Reduce




Road Tax Reduce


Some Malaysian is very happy with the Road Tax Reduce...
Let we; have a look at the simple calculation below...

E.g.
Road Tax Reduce = RM50 for 1 year
For per day = RM50/365
= RM0.1370/day (WAU!!!!!! What a big saving)

Toll Rise

Imagine a person is using Kesas Highway from Klang To K.L. (To & From)
(That's mean - using a full package on this Highway)

Past Toll Rate = RM1.50 per toll x 6 tolls = RM9.00 per day
Present Toll Rate = RM2.20 per toll x 6 tolls = RM13.20 per day
Different = RM0.70 per toll

For 1 day = RM0.70 x 6 tolls (To & From)
= RM4.20 / day

Normal Working Days for Normal Person = 240days / year

For One Year = 240days x RM4.20
= RM1008.00 (Different - Old & Present)

If in full Calculation = RM13.20/day x 240 days
= RM3,168 per year

But Some Crazy Guyz Work for 365 days / year

For One Year = 365days x RM4.20
= RM1533.00 (Different - Old & Present)

If in full Calculation = RM13.20/day x 365 days
= RM4,818 per year

For others toll ; you can calculate on your own... using the same method

If Average Salary is RM2000.00/mth. (For easy calculation purpose)
That's means he/she will be spending his/her 2 months salary / year
just to pay on his toll.



Monday, January 01, 2007

Iklan buku: Soal jawab remeh-temeh tentang solat


Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Harga Pasaran:
Semenanjung Malaysia RM 16.90
Sabah & Sarawak RM 18.90

Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Ulasan: buku ni bersiri, merangkumi tajuk2 seperti Zakat, Puasa, Haji, Solat. Tapi setakat ni, saya baru baca yang siri 'Solat'. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti boleh beli siri-siri yang lain. Bagi saya, buku ini menarik, kerana gaya bahasa penulis amat bersahaja dalam menjawab soalan-soalan yang remeh-temeh mengenai solat. Lenggok bahasa yang digunakan mirip kepada perbualan harian. Sedikit sebanyak saya menjadikannya panduan kerana diri ini kadang-kala tertanya-tanya juga apabila timbul sesuatu isu dan tak ketinggalan, ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya persoalan-persoalan yang walaupun remeh, tapi sering sahaja saya akan mengambil waktu untuk mencongak jawapannya...yelah..kalau salah jawapannya, boleh membahayakan kerana ia melibatkan hukum... =)

Ternyata diri ini masih banyak yang perlu dipelajari. Semoga Allah membantu hamba-hambaNya yang mencari ilmu.

wallahualam

Salam AidilAdha dan Selamat Tahun Baru

SEMAKIN JAUH PERJALANAN
SEMAKIN DEKAT KEMATIAN
SEMAKIN BERTAMBAH BEBANAN
SEMAKIN KURANG KEUPAYAAN
HANYA IMAN MAMPU MENAHAN
HANYA KEYAKINAN MAMPU MENGEMUDI KEHIDUPAN
DENGAN PENUH KETENANGAN DAN RASA BERTUHAN
DALAM MENEMPUH SEGALA UJIAN

TULUSLAH DENGAN TUHAN
TELUSLAH SESAMA INSAN
SEMOGA MENINGKAT KEIMANAN
DAN JUGA KETAKWAAN
AGAR LAYAK KITA MENAGIH HABUAN
SEPERTI YANG TELAH ALLAH SEDIAKAN
UNTUK HAMBA-HAMBANYA YANG BERJUANG
HANYA KERANANYA..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1427 dan Selamat Tahun Baru 2007