Saturday, January 26, 2008

penjawat awam boleh dengar ceramah BA

Boleh dengar ceramah asal tidak abai kerja
24-01-2008 03:42:24 PM

PULAU PINANG: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pada musim pilihan raya umum akan datang.

Mohd Sidek berkata tidak ada halangan bagi penjawat awam menjalankan aktiviti di luar waktu pejabat seperti menghadiri ceramah dan kempen pilihan raya.

"Kita (kerajaan) tidak halang untuk mereka menghadiri kempen atau ceramah pada sebelah malam atau selepas kerja, cuma yang penting mereka harus melaksanakan kerja-kerja hakiki mereka.

"Buat apa yang perlu anda buat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Datuk Bandar dan Yang Di-pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak di sini Khamis.

Mohd Sidek berkata pilihan raya bukanlah alasan kepada penjawat awam untuk tidak melaksanakan tugas seperti biasa.

"Pilihan raya sama juga seperti hari-hari lain. Contohnya hari biasa kita tengok bola sampai pagi dan kita bangun seperti biasa dan melakukan tugas seperti biasa, jadi begitulah juga semasa pilihan raya.

"Kerja tetap kerja, dan pilihan raya tetap akan berlangsung," katanya.

Sumber: Mstar online

Nefertari: Alhamdulillah! Satu pandangan yang ku kira agak terbuka dan tidak jumud seperti pemikiran pak2 menteri yang lain. Nah, kepada rakan2 ku penjawat awam, jangan takut dengan bayang2 sendiri, buka minda dan jentik hati untuk menimbang mana yang baik mana yang tidak. Mari turun dengar kempen dan ceramah BA!!!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home