Thursday, January 31, 2008

Nukilan untuk sayang

Assalamualaikum wbt. Ingin ku kongsikan nukilan ini bersama di sini. Tidak ku pasti siapa penulis asalnya..dan ku terima dalam email juga tidak bertajuk... apa2pun, masih sesuatu yang baik untuk dihayati..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat sayang yang disayangi...
SAYANGKU,
Jangan Tunggu Negara Kita Bankrap.

Sayangku,
kau menuduh puak puak yang memprotes seperti Dr Lo Lo Ghazali, Dr Badrul Amin, Dr Hatta Ramli, Dr Zulkifli Ahmad dll cuba memecahbelahkan negara .
Aku terkedu, terdiam memikirkan tuduhan berat Sayang itu.

Sayangku,
Negara kita kaya, maka kalau berlakunya rasuah kita masih lagi berdiri. Billions RM hilang begitu saja kerana corruption. Hampir 1 billion hilang di lumut, tanpa diketahui kemana perginya (untraceable). Projek projek dinegara kita paling tidak 30-40% lebih tinggi dari harga pasaran kerana rasuah. Projek kapal selam, berapa ratus juta yg overprice.

Sayang membuat tuduhan, bahawa puak protes hendak meranapkan negara.
Tapi Sayang perlu sedar bahawa majoriti pemimpin yang Sayang undi dan kerabat kerabat mereka itulah yg meranapkan negara sedikit demi sedikit.

Kalau hadis Rasullulah mengatakan, cegah lah kemungkaran dgn cara ......., maka orang orang yg Sayang tuduh meranapkan negara itu, melakukan salah satu dari cara yang Rasullulah cadangkan dalam mencegah kemungkaran.. Kalau tidak kerana puak puak protes ini, yang memberi tekanan dalam isu isu mcm V Lingam, maka orang orang macam kita tidak tahu betapa busuk dan bertaik nya, dibawah sana .

Kalau pihak protes tidak mendedahkan, maka kita tidak tahu bahawa PM dapat kapalterbang baru tapi agensi lain yang kena tanggung.

Sayangku,
Jangan tuduh sembarangan. Jangan tuduh pihak protes mahu meranapkan negara. Mereka yang Sayang tuduh itu hanya berusaha agar perkara dibetulkan dan kalau pun negara ini nak diranapkan oleh pemimpin pujaaan Sayang, maka mudah mudahan tidak dilakukan dlm generasi mereka.
Ingat, jika tidak ada pihak protes, yang Sayang tuduh meranapkan negara, maka bala akan datang.
Seorang imam pernah menyampaikan kepada abang, diAdelaide bahawa Rasululluah berkata (lebihkurang) "apabila tiga orang diantara mereka, semuanya tidak menegur kemaksiatan, maka jagalah ..." Tiga org disitu lebihkurang dimaksudkan satu kumpulan kerana sunnah Rasullullah apabila tiga org bermusafir, maka hendaklah dilantik seorang ketua diantara mereka.

Sayangku,
Orang yg Sayang tuduh nak meranapkan negara itu, adalah berbuat sesuatu untuk mengatakan dan mewakili, antara 38-45% rakyat pemilih yang tidak mengundi BN di 2004 dan menghampiri 48% pada undi 1999.

Mungkin, mereka tidak mewakili Sayang. Tapi hampir 40% rakyat itu suka dan gembira bila ada kumpulan yang sanggup kedepan mengatakan kebenaran dan memberitahu kemungkaran. Kita merasakan, utk pilihanraya 2008, paling tidak 45% lagi rakyat pemilih akan mengundi puak puak ini.
(walaupun 45% itu not translated into parliment or state seat..that is another issue).
Mereka gembira, paling tidak dalam hati mereka, ada kumpulan protes yg sanggup kedepan, walau dibelasah, di tembak air kimia, di lockup, dan ada yg di ISA, kerana secara langsung atau tidak, rakyat dan mereka ini mendapat kebaikannya. Dr Hatta itu paling tidak mewakili 28ribu dari 80 ribu undi parlimen di gombak (35%).

Sayang, dimana hilangnya duit subsidi minyak selepas subsidi minyak di tarik. Kalau Sayang kata bila ada jenayah, ada yg menyalahkan kerajaan. Ok, mungkin itu boleh diterima kerana ianya indirect pada kerajaan walaupun kita tahu bahawa masalah hati adalah dlm kuasa Allah. Maka apabila Negara menjadi Negara Barakah, maka Allah akan menjaga hati hati manusia. Maka kalau Allah tarik Barakah itu, siapakah yang akan menjaga hati hati manusia.

Tetapi Sayang, apabila duit duit negara, dalam isu seperti petrol vessel di lumut, pembinaan submarine, subsidi minyak, pembelian kapalterbang baru utk PM, harga harga projek yang 30-40% lebih mahal dari harga biasa, projek2 yg diberi kepada keluarga contohnya projek lebuhraya hulukelang ke jln duta yg diberi pada keluarga pak menteri, projek projek besar yg sekarang dibolot oleh anak menantu (yg inflated the price), dan banyak dan banyak lagi.

Pemimpin2 kesayangan Sayang lah yg menyebabkan anak anak graduan yg belum bekerja terus telah ada hutang 20-30 ribu seorang. Pemimpin kesayangan Sayang juga lah yang menyebabkan anak anak graduan yg baru terkial kial mahu hidup, dikejar oleh PTPTN. Pemimpin kesayangan Sayang lah, yg menyebabkan billions duit hasil petronas tidak tahu kemana perginya, sebab hanya PM yg tahu.

Tidakkah Sayang rasa tertipu dengan isu pembatalan yuran sekolah baru baru ini. Bukankah bila pak menteri tertekan, dipulangkan balik isu itu kepada ibubapa, seolah olah ibubapa tidak mahu bertanggungjawab. Tidakkah Sayang lihat muka dan gerak badan pak menteri didalam TV kesayangan Sayang.

Sayang mungkin tidak setuju, tapi jangan mudah menuduh mereka nak meranapkan negara.

Sayang,
Tingkatkanlah ilmu, amal dan pembacaan terutama mengenai perspektif islam dalam kepimpinan, keadilan, mencegah kemungkaran. Lihat lah kembali pemimpin dan ulama besar Islam yg dahulu yang juga dipenjara kerana mengatakan kebenaran. Lihat iman Ahmad hambal(mazhab hambali), ibnu taimiyyah, ibnu qayyim azjauzi, umar mukhtar yg menentang kezaliman, imam hamka di indonesia (kontemparari), Abdul Qadir Audah, Assyahid Ahmad Yassin & Rantisi ...Hassan Al Banna yg di tembak, Zainab Alghazali-perempuan mesir yg diseksa oleh anjing anuar sadat, dan banyak lagi pejuang islam yg lebih bertakwa yg berjuang yg dipenjara ...

Sayangku, jangan lah kau dilalaikan oleh RTM, TV3 dan Utusan Malaysia...

Sayang,
Moga moga satu hari Sayang akan nampak bahawa satu golongan manusia rakus sedang memimpin negara kesayangan Sayang, aband dan mereka, kearah satu jurang yang sungguh menakutkan..

Sayangku, Hari ini negara kita masih kaya, tetapi untuk sedar, kita tidak perlu menunggu hingga negara bankrap dan kita & anak anak menjadi lapar.

My Dear Sayang.



Saturday, January 26, 2008

penjawat awam boleh dengar ceramah BA

Boleh dengar ceramah asal tidak abai kerja
24-01-2008 03:42:24 PM

PULAU PINANG: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pada musim pilihan raya umum akan datang.

Mohd Sidek berkata tidak ada halangan bagi penjawat awam menjalankan aktiviti di luar waktu pejabat seperti menghadiri ceramah dan kempen pilihan raya.

"Kita (kerajaan) tidak halang untuk mereka menghadiri kempen atau ceramah pada sebelah malam atau selepas kerja, cuma yang penting mereka harus melaksanakan kerja-kerja hakiki mereka.

"Buat apa yang perlu anda buat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Datuk Bandar dan Yang Di-pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak di sini Khamis.

Mohd Sidek berkata pilihan raya bukanlah alasan kepada penjawat awam untuk tidak melaksanakan tugas seperti biasa.

"Pilihan raya sama juga seperti hari-hari lain. Contohnya hari biasa kita tengok bola sampai pagi dan kita bangun seperti biasa dan melakukan tugas seperti biasa, jadi begitulah juga semasa pilihan raya.

"Kerja tetap kerja, dan pilihan raya tetap akan berlangsung," katanya.

Sumber: Mstar online

Nefertari: Alhamdulillah! Satu pandangan yang ku kira agak terbuka dan tidak jumud seperti pemikiran pak2 menteri yang lain. Nah, kepada rakan2 ku penjawat awam, jangan takut dengan bayang2 sendiri, buka minda dan jentik hati untuk menimbang mana yang baik mana yang tidak. Mari turun dengar kempen dan ceramah BA!!!

Labels:

Thursday, January 24, 2008

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .
Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah. ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..

  • Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
  • Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-galanya. ..

(sumber: emel)

Labels:

Sunday, January 20, 2008

buat yang bernama wanita


Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji…

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu…

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian…

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana Tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman…

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan Tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan Tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah Tuhan…

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji Tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan…

Labels:

Bahagia itu pada.....






Tajdid Iman

Bersama Dr Juanda Jaya

BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada
sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia?

Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan
isteri dan anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan,
memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu – sakit di hati yang
susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda." Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabda
Baginda bermaksud: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah (SWT) pilihkan untuk
kita adalah baik. Apabila sakit ubatnya adalah senyum dan reda.

Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang
percaya bahawa bukankah selama ini Allah (SWT) memberi lebih banyak
daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau
bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah
Allah (SWT) meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tetapi,
pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi
mana dia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang
popular, kaya, cantik, sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak
akan pernah terpenuhi dengan sempurna.

Selamilah dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang
demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama
hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka.

Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana
Allah (SWT) lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang
memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci daripada cacat cela
atas segala pentadbiran- Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ..tidak terima' dengan apa yang
terjadi pada diri. Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras,
hanya ..terkejut' dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas
ketentuan-Nya. Firman Allah: "Allah (SWT) pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya. " (Surah Al-Bayyinah, ayat 8.)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah (SWT) itu. Pertama,
ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya
adalah hadiah pemberian Allah (SWT). Ujian itu sebenarnya hadiah yang
paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat
paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah (SWT) dan
hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan
oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang
garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita
terpaksa kita reda sebab sayang.

Tetapi, mengapa pula kita merajuk jika Allah (SWT) menguji kesetiaan
cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari-hari ketika
sihat. Kalau rugi semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah,
di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit
itu telah menutup kurniaan Allah (SWT) yang banyak pada rezekinya
selama ini.

Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda. Hidup tidak tenang,
dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan
duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan
bahagia. Tetapi, bukan bahagia yang ..diam' dalam hati, ia cuma
menempel sebentar pada dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.

Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh
kekasih Allah (SWT), Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup
senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang
bijak mengawal perasaan lagi beriman.

(sumber: emel)

Labels:

Saturday, January 19, 2008

Penghijrahan Agung

Salam.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian kepadaNya juga atas segala nikmat kurniaan kehidupan yang dikecapi selama ini.

Semalam, bertempat di ILSAS (Institut Latihan Sultan Ahmad Shah), Kajang-Puchong, berlangsung satu ceramah umum bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah 1429. Konsep yang diketengahkan ialah "Penghijrahan Agung" dan ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah, yang telah menyampaikan ataupun lebih tepat menceritakan pengalamannya berhijrah daripada seorang penganut Kristian kepada Islam..

Subhanallah!~ Walaupun cerita mengenainya telah lama ku ketahui, tapi baru inilah pertama kali aku berkesempatan mendengarnya sendiri dari yang empunya diri.

Cerita mengenai penghijrahannya ada ku paparkan di sini.

Syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan aku untuk berada dalam majlis ilmuMu ini. Semoga menjadi semangat dan pendorong kepadaku untuk terus berada dan berintima' dalam agama yang suci ini.

Saturday, January 12, 2008

Di mana adik ini?


MARI BANTU BERSAMA MENCARI. JANGAN BIARKAN KES NURIN JAZLIN BERULANG

Thursday, January 10, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1429




Assalamualaikum wbt

Sudah sekelian lama laman ini tidak ku selenggarakan. Tanpa mahu memberi alasan spastik yang biasa kedengaran, sebabnya mengapa laman ini agak tergendala hanyalah kerana penyakit malasku yang telah melanda dengan agak melampau sekali, mungkin kerana aku seringkali 'melekat' pada sesuatu perkara baru yang kutemui dalam tempoh masa yang ada.

Sementelah lagi, laman ni bukan kujadikan muzium untuk mengabdikan kisah hidupku, tetapi hanya sebagai satu laman untuk aku berkongsi sebarang bentuk paparan yang kurasakan boleh memberi manfaat kepada pengunjung. Jadi sebab itulah, laman ini lebih mudah 'terbiar' daripada laman-laman peribadi yang lain.. hehe.

Walau apapun juga, atas saranan daripada beberapa sahabat yang mahu melihat laman ini terus hidup, InsyaAllah sempena kehadiran tahun baru hijrah 1429 ni, akan ku cuba sekadar yang ada untuk memastikannya masih bernyawa, sekurang2nya tidaklah sampai kepada aku terlupa password blog ni sendiri!~ waduh!~

Kepada semua, SALAM MAAL HIJRAH 1429 kuucapkan. Semoga dapat sama-sama kita bermuhasabah atas tahun yang telah ditinggalkan dan betulkan niat untuk menghadapi tahun yang mendatang. InsyaAllah.