Wednesday, February 21, 2007

Projek WAKAF @ Shukur.org



Bersempena dengan sambutan Awal Muharram, SHUKUR meluaskan
lagi skop operasinya menerusi Projek Wakaf SHUKUR.
Melalui Wakaf SHUKUR, anda boleh dermakan Al-Quran dan
niat wakaf kepada dua ahli keluarga anda.

SHUKUR memudahkan urusan anda supaya anda boleh beramal
jariah secara mudah. Hanya dengan beberapa langkah,
pembelian dan pengagihan Al-Quran dibuat melalui SHUKUR.

Al-Quran ini akan diagihkan ke surau, masjid, sekolah
Tahfiz dan sebagainya. Jadi, apa tunggu lagi?

Mari beramal ...

Proses Wakaf

1. Membuat bayaran melaui akaun bank yang diberi.

- Bayaran sebanyak RM15 hendaklah dibuat samada online
atau bank-in.

- Simpan nombor transaksi yang diberi untuk dihantar
kepada kami.

2. Mengisi borang yang disediakan di laman web ini.

- Isi borang pengesahan yang terdapat dalam laman ini.

- Pastikan anda memenuhi semua ruang yang disediakan.

- Anda boleh memilih samada hendak mewakafkan Al-Quran
untuk seorang ataupun 2 orang.

- Pastikan juga semua butiran yang diberi lengkap.

3. Email pengesahan bayaran akan dihantar setelah pihak
SHUKUR menerima bayaran.

- Sekiranya terdapat kekeliruan dalam pengisian borang,
kami akan hubungi anda terlebih dahulu.

- Setelah pembayaran sudah disahkan, kami akan
menghantar email pengesahan kepada anda.

4. Al-Quran akan diserahkan kepada institusi² yang
terlibat.

- Proses pengagihan akan dilakukan setelah jumlah
jualan mencukupi.

- Kami akan menyiarkan berita / perkembangan terkini
mengenai penyerahan ini di sini.

Maklumat lanjut / Cara pembayaran:
http://www.shukur.org/v4/content/view/115/131/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam. Kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sini, ini adalah
peluang yang baikdan mudah untuk disertai. Semoga ada
barakahnya untuk semua.
InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home