Sunday, February 18, 2007

Melangkah lagi

Semalam alhamdulillah dapat menghadiri gath DMC untuk bulan Februari, setelah hampir 2 bulan tidak ada. Seronok sangat, dapat duduk dalam majlis ilmu, walaupun serba ringkas, ramai lagi sahabat2 yang tak dapat datang, tapi tak mengapalah, yang penting, walau sedikit dan ringkas, ada ilmu dan barakahnya yang boleh diperolehi, InsyaAllah.

Sebelum memulakan gath, sementara tunggu kawan2 lain yang datang, dapat pula ajakan dan seterusnya pemberitahuan, bahawa namaku akan jadi AJK bawah DMK..bertambah lagi amanahku nampaknya...Namun, bila difikirkan kembali, memang inilah seharusnya jalan yang patut kutempuhi, setelah mengaku sebagai ahli gerakan. Bermula dengan kampus, kemudian alumni, kemudian DMC, dan kini, mula melangkah pula untuk ke DMK....adakah selepas ni, bakal ke DMN atau DMPP?? wallahualam, tak pasti bagaimana perjalananku nanti...

Setelah bertahun-tahun dididik di kampus, takkan selamanya hanya nak duduk di satu2 tempat sahaja tanpa adanya sebarang peningkatan? Sedangkan didikan yang diperolehi mengajar kita untuk terus bergerak ke arah pembaikan dan peningkatan KUALITI kehidupan kita, merangkumi ilmu, kemahiran, kematangan, sumbangan dan sebagainya. Jika kita memilih untuk terus duduk di satu tempat sahaja tanpa ingin membuat sebarang sumbangan ke arah peningkatan KUALITI kehidupan kita, maka rugilah rasanya didikan yang diperolehi selama ini...ilmu tanpa amal...apakah perumpamaannya? Aku yakin ramai yang boleh menyambungnya...

Kini, portfolioku makin bertambah, kampus, alumni, DMC dan kini DMK, bermakna akan ada yang berkurang...masaku, ye, itu sudah pasti. Masaku untuk bermain2 akan hilang...memang tidak sepatutnya di kala ini, aku masih punya waktu untuk bermain2, kan?

Namun, tipulah kalau aku tiada rasa gusar, takut, cemas dan sebagainya bila membayangkan kemampuanku sendiri dalam memenuhi dan melaksanakan amanah-amanah yang diberikan. Mampu ke? Terlarat tak? Namun, seperti yang selalu yang kufikirkan, ini semua telah Allah susun untuk hidupku. Jika aku yakin pada ketentuanNya, maka Dia juga pasti tidak akan membiarkanku terkapai-kapai kelemasan dalam membuat kerja-kerja untukNya....dan pengakhirannya ku serahkan sahaja semuanya kepada penilaianNya...

Andai sudah jadi suratan
biar bersusah penuh halangan
tetap mahu dan mampu diteruskan
sebagai tanda keikhlasan dan ketelusan
dalam mengejar BAYANGAN IMPIAN
kepada Allah semuanya kusandarkan
daripada hambaMu yang penuh pengharapan

amin ya Rabbal A'lamin




0 Comments:

Post a Comment

<< Home