Friday, December 15, 2006

Sesungguhnya aku ingin menang!

Salam.

Aku baru balik mesyuarat lajnah. Setelah 'berehat' sekejap bagi memberi tumpuan kepada program besar yang lepas.

Maka bermulalah kembali tugas rutinku dalam lajnah ini untuk memastikan kesinambungan tugas dan pertalian berterusan dengan perjuangan ini.

Hakikatnya perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah. Jalannya penuh ranjau dan tiada jaminan kesenangan apatah lagi kemewahan yang sememangnya diimpikan oleh setiap yang bergelar manusia.

Namun, tentunya matlamat kita bukan setakat di dunia, tapi di dunia sana, di alam yang kekal abadi, tiada berpenghujung, nun jauh di sana, dalam kerajaan pentadbiran yang Maha Kuasa.

Aku teringin mencoret kembali sebuah ungkapan yang aku pun tak tahu dari mana asalnya, kerana ianya sudah tertulis dalam bukuku. Mungkin aku mengambil dan menyalinnya semula dalam buku tulis itu, tapi aku tak ingat dari mana aku mendapatkannya. Maaf ye.

"PERJUANGAN bukanlah jalan yang singkat, mudah dan disambut dengan alunan kompang, atau dihampari dengan karpet merah.. tapi ia adalah satu jalan yang hanya diambil oleh mereka yang sanggup mengorbankan harta, masa dan diri mereka bila sahaja diperlukan.. Jalan yang dipenuhi onak duri dan ranjau.. Dan mereka yang berada di atas jalan ini bukanlah mereka yang leka akan dunia yang fana ini.. mereka sentiasa memastikan segala tindakan dan tingkah laku hanyalah utk membela PERJUANGAN ini..

Semoga aku DAN sahabat-sahabatku mampu dan akan terus dipilih olehNya untuk berada dalam medan ini, sampailah ke akhir hayatku.

Semoga juga Allah menjemputku dan sahabat-sahabatku kembali dalam keadaan kami sedang melakukan sesuatu dalam perjuangan ini, bukan ketika sedang duduk goyang kaki tanpa memberi apa-apa sumbangan.

"hai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. ITULAH KEMENANGAN YANG BESAR"
(As-Saff: 10-12)

Sesungguhnya...aku ingin MENANG!

Amin Ya Rabbal A'lamin

wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home