Wednesday, December 13, 2006

Melatah tak kena tempat


Salam.

Apabila TGNA meminta golongan yang 'belum' Islam menghormati sensitiviti masyarakat Islam Kelantan yang tidak menggemari budaya berpakaian seksi, seperti telah kuduga, tentu ada suara-suara dari orang Islam sendiri yang melenting dan melatah tak tentu pasal berkenaan isu ini. (Rujuk Utusan Malaysia) Golongan berfahaman Islam Liberal ini pastinya akan menggunakan kesempatan dari berita ini untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati dan menunjukkan kesungguhan 'intelek' mereka yang kononnya lebih bersifat terbuka dan tidak sempit minda.

Tapi, hujah mereka ditolak mentah-mentah oleh seorang yang belum Islam, (Rujuk NST) seorang lelaki berketurunan India dari Pulau Pinang (En Rama) yang terang-terang menyatakan sokongan terhadap undang-undang MPKB yang mengenakan denda kepada mana-mana orang Islam yang berpakaian seksi, dan meminta agar yang belum Islam menghormati budaya orang Islam.

Lebih menarik lagi, En Rama langsung tidak mengaitkannya dengan Islam, tetapi mengulas ia dari perspektif isu moral. Justeru, persoalan yang bermain di mindaku, di mana kedudukan orang Islam sekarang ini? Jika Islam dinafikan, moral ditinggalkan, maka apa statusnya kita dibandingkan dengan golongan yang belum Islam? Tentunya lebih teruk dan hina dari mereka!
Na'uzubillah...

Untuk menjadikan isu ini lebih menarik, aku paparkan pautan kepada berita yang memaparkan Kerajaan China sendiri meng'haram'kan rakyatnya dari berpakaian seksi.

Jika golongan Islam Liberal Malaysia ni bukan main melenting apabila sebuah kerajaan negeri (bukan kerajaan pusat pun!) menggunakan autoriti mereka untuk membela undang-undang Allah di muka bumi, justeru, mereka juga 'seharusnya' melenting kepada kerajaan China kerana menggunakan undang-undang yang sama.

Tapi tiada pula suara-suara mereka kedengaran. Kenapa? Kerana kerajaan negeri Kelantan mengaitkan undang-undang itu dengan Islam, sedangkan China mengaitkan ianya dengan tahap keprofesionalisma dan etika moral. Kerana nama 'Islam' yang digunakan oleh MPKB amat sensitif pada pendengaran mereka hingga membuatkan mereka panas punggung tak kena tempat.

Justeru, jika merasakan perjuangan Kesamaan Gender mereka amat tulus, suci, murni dan besih, nah..silakan, silakan menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan China dan bawa isu ini ke peringkat antarabangsa agar untung-untung dapat mereka 'establish' pergerakan mereka ni. Itupun, kalau beranilah!

Hakikatnya, undang-undang MPKB ni bukannya baru, sudah sedia ada sejak tahun 1980an lagi. Jadi kenapa secara tiba-tiba sekarang ini mereka melenting? Kerana mereka bijak mengambil peluang yang ada setelah berita ini disebarkan untuk menyampaikan dakyah sesat mereka untuk mendapatkan lebih sokongan. Itu pandangan peribadi aku. Kerana apa yang aku lihat, perjuangan mereka ini hanya sia-sia dan tidak akan ke mana. Tunggulah sedikit masa lagi, mereka akan senyap sendiri tanpa dapat melakukan apa-apa.

Undang-undang ini datangnya dari Allah, Dia yang menciptakan kita, maka tentu sahaja Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Maka tentu sahaja, Allah Maha Melindungi lagi Maha Mentadbir segala urusan hamba-hambaNya. Allah sama sekali tidak berkehendakkan kita, tetapi kitalah yang berkehendak dan memerlukanNya. Jika ada golongan yang cuba memusnahkannya, pasti akan ada juga golongan yang akan mempertahankannya, dan aku adalah salah seorang daripadanya!

wallahualam.

************************************************************************************

nota: Aku menggunakan gelaran "belum" berbanding "bukan" Islam kerana aku tidak mahu bersifat 'menghukum', kerana hidayah hanya milik Allah jua. Mana tahu, golongan yang selalu kita katakan "bukan" Islam inilah yang barangkali diangkat martabatnya oleh Allah menjadi pejuang dan pembela agama suci kita ni.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home