Thursday, December 07, 2006

Ayong Dalam Kenangan



Tanggal 4hb Nov 2006, tepat jam 9.30 pagi, sepupuku yang lebih mesra ku panggil Ayong, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah maklongku. Sebab kematiannya langsung tiada siapa pun tahu, hatta keluarganya, kerana dia meninggal secara mengejut. Ramai jiran tetangga yang mengatakan bahawa arwah terkena buatan orang, wallahualam aku tidak tahu.

Walau apa pun sebab kematiannya, dia tetap sudah pergi untuk selama-lamanya. Gambar arwah ini merupakan gambarnya yang terakhir yang sempat ku ambil sewaktu kami berjalan raya ke rumah saudara mara.

Sewaktu kecil, aku tidak rapat dengan arwah, kerana dia yang tiga tahun lebih tua dariku, lebih ku anggap sebagai seorang kakak yang garang dan suka memekik. Namun, setelah masing-masing menginjak dewasa, perhubungan kami bertambah mesra dan ternyata di sebalik sikapnya itu, dia merupakan 'kakak' yang penyayang, peramah dan prihatin. Dia selalu dan amat rajin menghantar SMS dan email, hingga kadang-kadang tak sempatku balas. Dia pernah merungut kerana katanya aku selalu tidak membalas SMS nya, bukan aku tak nak balas, tetapi kadang-kala soalan yang ditanya, membuatkanku terpaku dan tidak mampu kujawab.

Segala SMS dan emailnya masih kusimpan sehingga kini, dan akan sentiasa kukenang dalam kotak memoriku. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayong dan menempatkannya di tempat orang-orang soleh.

Al-Fatihah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home