Tuesday, December 19, 2006

Mentaliti manusia tidak sama

Salam

Dua dialog yang berlaku pada Ahad lepas sewaktu saya menghadiri kenduri tahlil seorang saudara...

Situasi 1
******************************
Mak saudara: "ko sekarang dah umur berapa?"

saya: "24, makcik"

Mak saudara: "ooo..ko dah kerja kan?"

saya: "saya sambung belajar lagi, makcik"

Mak saudara: "aaii...dah tua-tua pun nak sekolah lagi ke????!!"

saya: "*senyum saja*


Situasi 2
*******************************
Nenek : "oklah cu, nenek nak balik dah ni.."

saya: "baik nek, sampaikan salam saya pada Tok Ngah ye, Nek"

Nenek: "haa, yelah..hhmm..besor dah ko ye.."

Nenek: "ko dah ada pakwe belum?"

saya: *senyum lagi sambil menggeleng*

Nenek: "hhmm..pergilah keluar..cari pakwe..jangan duk dalam rumah je..pergi keluar, cari! Takpelah, nenek doakan agar ko cepat dapat pakwe"

saya: *senyum dan senyum lagi*


Itulah dua perbualan yang menarik, bagi saya. Kerana di sebalik ikatan persaudaraan kami yang memungkinkan sikap ambil berat di antara satu sama lain, tersirat suatu hikmah bagi saya apabila saya melihat perbezaan dari sudut pemikiran di antara dua personaliti yang berbeza umur dan latarbelakangnya. Siapa sangka seorang nenek yang telah tua boleh jadi 'sporting' begitu dan seorang makcik yang masih muda pula menjadi sebaliknya.



Kejadian manusia sama sahaja dari segi konsep jasadnya tapi tetap mempunyai perbezaan dari sudut dalaman mereka. Semua ini menunjukkan betapa Allah Maha Bijaksana dalam mencipta hamba-hambaNya, agar dengan perbezaan itu dapat memberi pengajaran semula kepada akal manusia bagi merenung dan menginsafi kebesaranNya.

Wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home