Wednesday, December 27, 2006

Sensitifkah kita?


Agaknya siapa sebenarnya yang berpolitik..?

Pihak Unit Amal merupakan pihak yang sampai lebih awal daripada pihak kerajaan dalam membantu mangsa banjir.

Pimpinan tertinggi Pas sendiri turun dan bergelumang dengan banjir, selut dan lumpur dalam membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kawasan rumah mereka..tidak seperti pihak sana yang hanya duduk dalam bot dan hanya sentuh sana sikit..sini sikit...lepas tu bergambar!

Saya minta maaf andai kenyataan saya agak kasar, tetapi saya berhak untuk menyuarakan apa yang saya rasa kerana saya dah muak dengan taktik jatuh menjatuhkan ni tanpa berlandaskan fakta...hanya retorik semata-mata.

"PAS tidak sensitif pada PENDERITAAN RAKYAT"

Sekadar mencetus minda...Jika Pas dituduh tidak sensitif pada penderitaan rakyat..Maka;

Sensitifkah kerajaan apabila...
1) seringkali menaikkan kadar tol, tarif air dan letrik, dan kenaikan2 lain dalam keadaan inflasi yang makin meninggi dan menyebabkan rakyat lebih miskin?
2) lebih rela melihat rakyat tidak berumah dan hanya duduk dalam khemah apabila perkampungan rakyat di Kg Berembang dirobohkan?
3) pihak berkuasa sanggup memukul dan membelasah penduduk dan kanak-kanak yang mempertahankan rumah mereka dan surau mereka?
4) sanggup merobohkan rumah2 Allah (Surau Kg Berembang, Surau Jubli Perak Bangi, Masjid Bujal Terengganu) tetapi pusat-pusat judi, kelab malam, dan tempat2 maksiat lain dibiarkan..?
5) hanya 'menangguhkan' (bukan memansuhkan) penubuhan IFC, tanpa mengira kesannya kepada akidah dan kesucian agama Islam?
6) pihak pimpinan tertinggi terus berdiam diri dan berdolak dalik dalam isu menggadai harta kerajaan pada pihak luar?
7) Pihak yang berjuang untuk mengatasi masalah murtad dan menghalang penubuhan IFC ditangkap dan dibicarakan?
8) Tanpa segan silu tidak mahu menurunkan harga minyak walaupun harganya di pasaran dunia telah turun?
9) Menteri besar yang menyuruh rakyat berbasikal untuk mengatasi kenaikan harga minyak sedangkan dia sendiri jangan kata basikal, teksi pun belum tentu nak naik?
10) Menangkap dan memenjarakan rakyat tanpa dibicarakan di bawah akta ISA?
11) dan banyak lagi kebobrokan yang berlaku..

Tidak Sensitifkah kita jika masih buta dalam melihat kebenaran?


0 Comments:

Post a Comment

<< Home