Tuesday, May 16, 2006

jalan-jalan



assalamualaikum. berjumpa lagi. pelik plak bagi salam kat blog sendiri.hehe.tidak mengapa, kalau kebetulan ada yang baca, sekurang2nya dia akan mendoakan aku juga dengan menjawap salam aku.ala kullihal..

baru-baru ni aku gi jalan-jalan. jalan-jalan ke genting highland. bukan nak berjalan sangat pun, tapi aku menghadiri program yang sangat penting (bagi aku la, mungkin tidak bagi org lain). semoga kehadiranku di program itu menguatkan semangat aku untuk terus berjuang, amin.

balik daripada program, aku terus pandu keretaku yang besar gedabak (kereta ibuku sebenarnya) tu dengan laju menuruni genting highland yang berbelit-belit jalannya. hampir naik pening kepala. bukan nak bawa laju, tapi dah terpaksa, kerana aku nak menghadiri kenduri sahabatku di kelang. pada mulanya ingat tak mahu datang, sebab aku terikat dengan program. tapi bila fikir-fikir balik, selagi aku boleh pergi, aku nak pergi, ukhuwah sahabat kena jaga.

aku park kereta di satu stesen LRT. aku gunakan kemudahan alternatif tu sebab nak mengelakkan kesesakan lalu lintas. lagipun, kawan aku sudi ambil aku di stesen yang paling dekat dengan kelang. terima kasih, sahabat.

dalam LRT, setiap masa aku memujuk hatiku sendiri. bermula daripada stesen yang aku naik, sampai la stesen yang aku turun, mata aku ni rasa pedih semacam je. tu belum lagi fikir bab hati. sebagai seorang perempuan Islam, aku malu dengan apa yang aku tengok. sepasang merpati muda, dua sejoli asyik bercengkerama dalam keadaan yang bagi aku amat menggelikan dan memualkan. sedihnya hati, marah tak perlu cakap lah. yang paling membuatkan darahku naik, si lelaki seakan tahu yang aku memerhatikan mereka, lantas menguatkan dan mengaktifkan lagi aksinya, dengan senyuman sinis yang sengaja dilemparkan padaku. mungkin dalam hatinya berkata "apa kau boleh buat??"

ye, mungkin secara fizikalnya, aku tidak melakukan apa-apa. tetapi, dalam hatiku, tahukah kau apa yang aku fikirkan? di dunia ini kau boleh menyindir aku, tapi jangan harap kau boleh menyindir Allah. aku cuba berbaik sangka dengan mengatakan barangkali kau dan dia suami isteri. tapi sebaliknya, aku tidak mahu menipu diri, aku seakan yakin bahawa kau dan dia tidak mempunyai ikatakan yang sah, kerana ikatan yang sah dan halal tidak memungkinkan kemungkaran di khalayak awam.

yang paling buat aku terkilan dan kecewa, kau seakan tidak mengendahkan mata-mata beberapa orang bukan Islam yang saling mengerut dahi melihatkan aksimu. Tentu di dalam fikiran mereka, orang Islam lebih teruk daripada orang kafir. tudung yang dipakai hanya sebagai trend semata-mata. Rugilah perempuan itu, amalannya tidak dapat mencegah dia daripada melakukan kemungkaran. secara tidak langsung, kau dan dia telah mencemarkan agamamu sendiri.

untuk mengelakkan aku daripada terus mencelamu di dalam hati, lantas aku menundukkan pandangan dan ku baca majalah yang berada di pegangan. Namun hatiku yang sedang sakit membara ni tidak dapat memfokuskan bacaanku. aku hanya mendoakan kalian agar diberi hidayah untuk berubah.

wala taqrabu zina...

astaghfirullahalazim

0 Comments:

Post a Comment

<< Home