Friday, May 12, 2006

KELUARGA 69

assalamualaikum. aku masih belum tido. Masa buat kerja tadi, rasa mengantuk. Bila kerja telah selesai, mata ni segar pula. Hmmm...tadi aku mengisi masa aku dengan menonton filem P Ramlee bertajuk 'Keluarga 69'. Tinggal bertiga je dengan abang dan adik buat aku rasa sunyi pula. Tidak mengapa, esok ibu bapaku akan pulang setelah seminggu 'menghilang' kerana bercuti. Rindu sungguh rasanya..

aku teringin mencoretkan sesuatu tentang filem yang aku tonton. Filem-filem seperti itu telah berkali-kali aku tonton, kerana memang kegemaran ayahku menonton filem-filem lama, terutamanya filem alyarham P Ramlee. aku pun turut serta.

secara kasarnya,filem-filem lakonan P Ramlee berunsurkan jenaka. kerana jenaka itulah filem itu diingati dan dialog-dialognya menjadi modal hafalan hingga kini. selama ini aku menonton pun hanya ingin mendengar semula ucapan dialog yang membuatkanku tertawa. Itu dulu, zaman aku tak ambil kisah sekeliling aku.

tapi tadi bila aku menontonnya untuk kali yang entah ke berapa, aku mula memikirkan sesuatu. banyak yang aku tidak setuju dalam filem tu. antaranya:

1) watak utama osman bakar (p ramlee) yang suka minum arak. rakan-rakannya dalam filem itu juga semuanya melayu Islam yang juga suka minum arak. Tidak kira waktu senang, atau waktu susah hati, arak menjadi hidangan. memang ya,orang akan mengatakan itu hanya lakonan, tapi bagi aku, sensitiviti kena ada. dan tentu akan ada orang kata, itu zaman dulu, zaman Islam belum tersebar dengan baik. Ya kah? Jika demikian, tentu P ramlee tidak berlakon dalam filem 'Semerah padi' yang mana dia mengalunkan azan, kemudian tewas dengan godaan lantas bermukah dan seterusnya dikenakan hukuman hudud. Penekanan hukum Islam ada dalam filem Semerah Padi ni.

watak si ayah (allayarham tompel) menghalau osman keluar rumah, kerana marah dengan tindakan si anak meminum arak, memang nampak baik. tapi tiada satu pun dialog yang keluar daripada si ayah tentang keharaman arak tersebut.

2) watak perempuan pelayan. watak siti(siput sarawak) yang sanggup meminta cerai daripada suaminya Abu kerana suami tidak mengizinkan isteri bekerja sebagai pelayan. si suami pun, tanpa berfikir panjang, dan langsung tiada perasaan marah, menceraikan isteri dan mengizinkan isterinya menjadi pelayan. Dayus! Bagaimana seorang suami sanggup melihat isterinya terjerumus ke lembah yang tidak baik.

3) bersekedudukan tanpa ikatan sah di antara osman, badim, siti dan kawannya(tak ingat nama). 2 laki dan 2 perempuan,boleh tinggal satu bumbung tanpa ada sebarang ikatan. Bila osman mengajak badim pindah, alasannya mudah, tidak mahu tinggal sebumbung dengan perempuan pelayan kerana takut dipandang hina atau 'low class'. Bukan pindah sebab nak elakkan maksiat. dan Badim pun mengambil tindakan menolak ajakan osman kerana merasakan di situ sudah cukup baik untuk tinggal bersama. apa salahnya...kan?

4) babak ketika osman nak bunuh diri, akibat kecewa dipermainkan faridah (aku tak kenal pelakon ni). badim mengingatkan osman bahawa tindakannya membunuh diri itu adalah DILARANG dalam Islam. babak ni lah yang aku dapat dengar 'Islam' itu disebut. Tu je lah sekali. Kenapa badim tak ingatkan osman ketika osman sedang minum arak yang dah bergelas-gelas sebelum dia nak bunuh diri tu? Minum arak tu DIBENARKAN ke dalam ISlam?

5) babak akhir,babak kemuncak jenakanya, ketika semua watak berkumpul dalam rumah dan telah bercelaru dalam sudut gelaran dan nak panggil apa pada orang-orang terlibat. bab ni siti dan anaknya minah sampai nangis2 sebab sedih bila tak jumpa jalan penyelesaian nak panggil bapak mentuanya sebagai anak atau sebagai bapak mentua. hhhmm..dalam urusan remeh temeh gelaran dan pangkat macam tu boleh pula rasa sedih dan mengalirkan air mata. tapi kenapa ketika minta cerai suami, jadi perempuan pelayan, bersekedudukan, dan menghidangkan arak pada pengunjung bar, tidak pula rasa sedih?

itulah antara yang ingin aku ulas di sini. aku tau, tentu ada yang tidak bersetuju dengan aku, dan tentu sahaja ada yang akan berkata..."ala, tu filem lawak la,untuk menghibur hati je. eh..kreatif apa..boleh buat tunggang terbalik macam tu..."

bagi aku, ya, memang filem tu 'tunggang terbalik', sesuai dengan tajuknya yang '69' tu.hukum yang salah, nampak benar,dan hukum yang benar nampak salah. kan tunggang terbalik tu...setuju?

aku dah mengantuk pula. Bagus lah, boleh tidur. salam sayang semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home